1. Lambang Obor seakan-akan peta Negeri Sabah membawa erti keberanian rakyat Sabah, semangat juang dan melaksanakan Sabah boleh.
2. Buku bermakna mengamalkan budaya membaca dan cintakan ilmu. Memiliki dan mengamalkan nilai moral serta keagamaan yang tinggi.
3. No. 1 bermakna motto satu dalam semua, iaitu sentiasa menonjol dalam segala aspek pencapaian dan sentiasa menuju kearah kecemerlangan.
4. Lambang matematik bermakna berbudaya matematik dan sains, serta menuju ke arah teknologi moden.
5. Warna biru bermakna lambang perpaduan dan kemuafakatan, bersifat penyayang, hormat-menghormati dan sentiasa menunjukkan kemesraan.
6. Warna kuning bermakna sentiasa menjaga martabat diri, agama, bangsa, dan Negara. Kesetiaan dan kepatuhan kepada undang-undang, mampu membuat pertimbangan yang adil dan saksama.
7. Warna merah bermakna berani dan tabah menghadapi cabaran, peka kepada perubahan dan kemajuan. Berbangga dengan apa yang ada dan telah dicapai.
8. Warna putih bermakna berakhlak mulia dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab. Menyedari bahawa memelihara hubungan mesra di antara insane dan memupuk perpaduan masyarakat adalah tanggungjawab setiap individu.
Inilah satu harapan
Bersama mencapai cita-cita
Usaha dipadu insan yang cemerlang
Menuju ke puncak jaya
Berdiri megah gemilang
Sekolahku yang tercinta
Menjunjung harapan
Membangun anak bangsa
Ke arah kemajuan
c/o Berbudi dan berbakti
Berusaha mencapai cita-cita
Ikrar yang kami janjikan
Tunai tetap kami tunaikan
Kini tiba masa bersemi
SKTR sama diharungi
Semoga harapan menjadi kenyataan
Majukan wawasan pendidikan
Lagu/Lirik : Sylvester Derinsim